Sabtu, 16 Julai 2011

CERPEN 'BERUK'

http://www.scribd.com/doc/5708775/BERUK-A-malay-short-story

Dedikasi kepada semua bakal guru..yang ingin menjadi guru tetapi tidak kesempatan dan semua  guru yang sedia ada...Moga Ada Pengajaran...

Khamis, 14 Julai 2011

Rabu, 13 Julai 2011

Guru besar,Pn Hajah Wan Soraiya mula melepaskan peserta larian. 

1M 1S 1M Sek Keb. Sungai Kob

Semua murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan sebelum acara dijalankan..Guru-guru mengambil kedatangan murid .

Jumaat, 8 Julai 2011

Pendidikan Muzik & zaman Komputer

http://www.musicmall-asia.com/minni/Abstracts/pendidik.htm

Integrasi ICT dalam p&p

http://www.scribd.com/doc/18175745/Integrasi-ICT-Dalam-PP
Teknologi telekomunikasi dan multimedia pada masa kini digunakan secara global dan revolusi ini telah meresap ke semua sektor dalam kehidupan masyarakat. Untuk mengharungi cabaran ini serta mencapai matlamat Lebuhraya Multimedia (MSC) dan Wawasan 2020, inisiatif untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah tepat pada masanya. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran akan dibincangkan mengikut aspek pengajaran guru (guru menggunakan ICT) dan aspek pembelajaran (murid menggunakan ICT). Dalam konteks pembelajaran, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikategorikan sebagai tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Dalam konteks pengajaran pula ICT digunakan sebagai tutor dan alat demonstrasi. Perbincangan ini juga menghubungkaitkan antara teori-teori pembelajaran dengan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya perbincangan meliputi peranan pemimpin sekolah dalam membentuk budaya ICT melalui pembinaan polisi dan pelan pembangunan; pemantauan resos dan program perkembangan staf disamping peranan guru dan sokongan pihak luar terhadap integrasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran Bahasa

http://www.scribd.com/doc/50127411/Kajian-Penggunaan-ICT-Dlm-PPBK-BM

Pengajaran bahasa dengan menggunakan komputer adalah antara kaedah pengajaran yangdianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan kini. Penggunaan komputer dalampengajaran bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaankemahiran bahasa pelajar. Persoalannya ialah sejauh manakah guru Bahasa Melayu (BM)melaksanakan pengajaran menggunakan komputer dan tahap penguasaan guru serta kekanganyang dihadapi. Maka kajian secara tinjauan ini meneliti tahap dan kekangan dalammelaksanakan pengajaran bahasa menggunakan komputer. Di samping itu, kajian juga mengkajikekangan yang mengganggu pelaksanaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.Sampel kajian terdiri daripada 87 guru BM di sekitar daerah Hulu Langat, Selangor. Dapatankajian menunjukkan sampel kajian menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputerdan kebanyakan mereka telah mengikuti kursus asas komputer. Kursus yang berkaitanpenyediaan bahan pengajaran multimedia, penggunaan internet dan pembinaan laman web agakkurang diberikan perhatian. Kesan pengajaran BM menggunakan komputer kepada pelajar agakpositif terutamanya kepada pelajar yang cerdas. Kekangan utama yang dihadapi oleh gurudalam menjalankan pengajaran BM berbantukan komputer ialah guru kurang mahirmengendalikan komputer untuk pengajaran dan pelajar kurang berminat dalam pembelajaran

Sekadar Renungan Dan Panduan Bagi Kita Yang Bergelar Insan

http://doaharian.blogspot.com/
Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:


Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!